Thursday, July 4, 2013

Sebab-sebab Kenapa Haid Datang Lewat.

Assalamulaikum and hello everyone :)

Amaran!
Entri ni khas untuk perempuan sahaja. For men, if you've already get married you also can read for information.

Why I choose this topic?
Because.........

Kita sebagai women kena alert dengan apa yang berlaku pada diri kita. Sebab perempuan ni banyak sgt pantang larangnya. ihiks. * buat andaian sendiri pulak. Okay by the way aku pun sendiri kadang2 mengalaminya jugak. Dan bila buat entri ni aku dh tambahkan lagi ilmu yang aku. Sebab tak cukup pun ilmu yang kita ada skng kan. So, let's check it out. 

1. Tekanan

 Tekanan mental boleh mempengaruhi jumlah hormone (GnRH) yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid.

2. Masalah kesihatan

 Haid datang lewat boleh disebabkan penyakit seperti PCOS atau demam panas yang memberikan tekanan fizikal boleh menganggu kedatangan haid anda.

3. Kelebihan hormon prolaktin

 Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan menyebabkan haid datang lewat. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara, kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

4. Menyusu badan.

 Sekiranya anda menyusu badan, hormon dalam badan anda mungkin menganggu dan menyebabkan haid datang lewat.

5. Berat badan berlebihan

 Berat badan berlebihan akan menganggu ketidakseimbangan hormon estrogen dalam badan. Kebanyakan haid wanita dan kesuburan kembali normal apabila berat badan mereka menurun.

6. Terlalu kurus

 Jika anda tidak mempunyai lemak badan yang cukup juga boleh menganggu kitaran haid anda. Ini kerp berlaku kepada sukan atlet. Tempoh haid anda boleh kembali normal semula jika berat badan anda ideal.

Untuk info yang lanjut, boleh layari ke   http://bayi-ibu.com/mengapa-haid-datang-lewat/


              Salam sayang,  
ZAHIYA


No comments: