Wednesday, January 23, 2013

DRAMA SEHANGAT ASMARA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera .

Kali ni nak share sikit pasal drama yang menggantikan ADAM & HAWA iaitu SEHANGAT ASMARA . 
Setakat ni dah 2 episod . Permulaan cerita yang best . Tak pernah pun baca novel ni . Sebagai permulaan jom bace sipnosis dia . Mana la tau korang pun akan tertarik nak tengok . 

SINOPSIS SEHANGAT ASMARA

Mengisahkan Kamilia Najwa atau Kay, yang melanjutka pelajaran di London dan bertemu dengan Zainal Arief. Kay seorang gadis yang sangat sosial, Zainal telah jatuh cinta dengan Kay dan mahu merubah hidup Kay yang hanya hanyut dalam dunia sosialnya. Mereka berkahwin di luar negara tetapi perkahwinan mereka tidak direstui oleh keluarga.
Zainal balik ke Malaysia terlebih dahulu tetapi Zainal menghilangkan diri meninggalkan Kay yang sedang hamil anak mereka di luar negara. Kay sangat rindukan Zainal tetapi suaminya itu tetap tidak muncul. Kay dibawa pulang ke Malaysia oleh keluarganya dan mereka memaksa Kay melupakan Zainal.
Setelah 9 tahun berlalu, anak mereka sudah membesar barulah Zainal muncul untuk menuntut hak sebagai seorang bapa kepada anak perempuan mereka, Misya. Zainal ternampak gambar Kay bersama nak perempuannya di sebuah majalah dan dia tidak menyangka ada seorang anak perempuan. Kay menyimpan dendam pada Zainal dan tidak mahu membenarkan Zainal menghampiri Misya kerana meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa khabar berita.
Apabila Zainal mahu membawa kes ke mahkamah barulah Kay lembut hati membenarkan Zainal bertemu anak mereka. Hubungan mereka kembali rapat dan Zainal masih ada perasaan cinta dengan Kay, sedangkan pada ketika itu keluarga Kay ingin Kay berkahwin dengan Azman. Zainal mula meraih cinta pada Kay semula kerana mahukan keluarga yang bahagia dengan Kay dan anak mereka. Misya pula sudah rapat dengan Zainal, demi anak mereka Kay hidup semula dengan Zainal. Walaupun dia masih lagi berdendam dengan Zainal.

Kay masih lagi tertanya-tanya kenapa Zainal meninggalkannya selama 9 tahun tanpa khabar berita. Rahsia terbongkar bila Kay bergaduh dengan adik Zainal kerana masih menuduh Zainal sebagai lelaki tidak bertanggungjawab kerana meninggalkan dia selama ini .
Nak tahu apa kesudahannya cerita ini? Saksikan SEHANGAT ASMARA setiap hari isnin hingga rabu . jam 10 malam . Di ASTRO MUSTIKA HD .


BARISAN PELAKON 






NI SEBAGAI PROMO 

NI PULAK LAGU DALAM SEHANGAT ASMARA :)
BEST . DENGARLAH .
                                        


Lots of Love,
ZAHIYA

No comments: